Monday, 25 April 2011

Pengenalan syarikat Felisa Cosmetic



Felisa Cosmetic Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997. Syarikat ini menghasilkan produk kecantikan yang berbentuk rawatan. Hasil Percantuman INTI-tradisional dan minda sains kini Felisa Cosmetic berjaya melahirkan produk  yang terdiri dari penjagaan rambut, kulit wajah dan tubuh badan serta bahan-bahan kosmetik.
Felisa Cosmetic bermula dengan syarikat yang sederhana di dalam pasaran kecantikan di Malaysia. Hanya bermula dengan beberapa pengedar yang bertauliah, Felisa Cosmetic terus bangkit bagi memasarkan produk kecantikannya di seluruh Malaysia, seterusnya ke seluruh dunia. Syarikat ini hanya menerima pekerja yang bertauliah di dalam bidang kecantikan. Ini bagi memastikan pengedar seterusnya pengguna berasa lebih terjamin dalam menggunakan produk kecantikan ini.
Pasaran yang baik dalam bidang kecantikan telah meyakinkan para pengedar dan pengguna bagi menggunakan produk kecantikan dari Felisa Cosmetic Sendirian Berhad. Kualiti produk yang selamat dan telah mendapat pengiktirafan serta pendedahan terhadap kecantikan oleh syarikat telah menjamin para pengedar dan pengguna dalam menggunakannya.
Kini produk kecantikan Felisa Cosmetic telah menembusi pasaran di seluruh dunia. Kerjasama dari pihak pengurusan dan pengedar telah meningkatkan prestasi pencapaian yang semakin baik dari masa ke masa. Kini Felisa Cosmetic semakin gah dalam pasaran kecantikan.



Menjadikan produk kecantikan ini lebih kukuh dalam pasaran. Menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat digunakan oleh pengguna. Memenuhi kehendak pelanggan di dalam bidang kecantikan. 


MAKLUMAT LANJUT >> FELISA COSMETIC

SELAMAT MEMBACA !

No comments:

Post a Comment